Blogger Template by Blogcrowds

Persepsi 1

Hari: Khamis
Tarikh : 15 April 2010


Baru tiba di Batu Pahat. Menunggu bas seterusnya untuk terus pulang ke rumah. Masih awal lagi, baru pukul 6.

Ada satu ketika, gelagat manusia memang banyak mencerminkan situasi dunia. Di Malaysia, kita cukup sinonim dengan slogan "1 Malaysia". Kita ada pelbagai bangsa, adat, budaya dan bahasa. Kebetulan, ketika sedang duduk menunggu, ada seorang tua yang agak berumur tidur di kaki lima. Sehinggalah dia dikejutkan dengan bunyi premis yang baru nak dibuka. Keadaannya kust masai dan tak terurus. Namun, raut wajah menunjukkan dari bangsa yang manakah dia.

Sibuk ke hulu, ke hilir.. bertegur sapa dengan orang yang tak dikenali. Bercakap dengan bahasanya sendiri. Kadang-kala merungut dan marah-marah. Tapi masih juga menegur orang yang lalu-lalang. Tetap ramah cuma kurang bertuah.

Sedang dia mundar-mandir, datang pula seorang lagi. Kali ini saya meneka yang kedua ini bangsa yang berbeza. Bercakap dengan bahasa mereka. Ketawa. Senyum.

Hari: Jumaat
Tarikh : 16 April 2010


Saya berada di sebuah kedai buku. Dengan pintu kaca berwarna dan konsep kedai yang agak moden. Saya menghampiri ke kaunter. Ada seorang pemuda, belia saya kira. Saya bertanyakan sesuatu tentang salah satu perkhidmatannya yang gah dipamer di ruang depan kedainya. Dia nampak keliru. Kemudian, menjerit memanggil ayahnya. Kedua-duanya bercakap dalam bahasa mereka. Nada si anak agak keras. Muka si ayah nampak marah. Kemudian, ayahnya datang ke kaunter berjumpa saya.

Tauke : Sorry, dia talak paham cakap Melayu punya maa...

Dan saya terpana. Perlukah hilang waras baru kita dapat mengerti usia negara merdeka lebih 50 tahun lamanya.?

1 Comment:

  1. ~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...
    cop!!
    ank die ker yg xpham bm??
    xskolah kt msia ker??

Post a Comment



Newer Post Older Post Home