Blogger Template by Blogcrowds

Persepsi 2

1)Meminta

Malaysia salah sebuah negara membangun yang pesat dengan pembangunan dan kemajuan. Masyarakatnya berdaya saing.

Peminta sedekah masih wujud dalam negara kita. Pusat zakat, kebajikan masyarakat dan sewaktu dengannya melambak. Slogan gempak. Saya keliru.

2)Kluang

Bersiar-siar "window shopping" di daerah kelahiran. Ibaratnya seperti belut pulang ke lumpur. Terkejut dengan perubahan yang ada. Hampir semua keperluan dan keinginan dapat dicapai dengan mudah. Terserempak dengan Armani. Tunggulah, bila dah kerja dan dapat gaji .. aku masuk meminang. Harapnya cukup.I love Kluang.

3)Mitos

Seusai menonton "Clash Of The Titans". Sangat teruja!. Dari cerita epik sejarah, diangkat menjadi suatu legenda. Menarik.

Pertama : Lagenda Greek membuktikan untuk mencapai kejayaan, hapuskan sahaja penghalang di hadapan mata. Hatta Tuhan mereka sanggup membunuh Ibu Bapa mereka sendiri.

Kedua : Dalam sesetengah cerita, watak Perseus digambarkan sebagai anak kelahiran daripada Poseidon yang bercinta manusia biasa. Rela. Namun, dalam edisi "COT" ini, Perseus merupakan anak kelahiran daripada Zeus yang menodai manusia biasa. Terpedaya. Kelahirannya dibenci tapi akhirnya dihormati atas nama Tuhan mereka.

Ketiga : Manusia diajar untuk berdoa kepada Tuhan. Walau atas nama agama apa sekalipun. Masing-masing punya kepercayaan. Percaya atau yakin.

Keempat : Kostum, kesan visual dan jalan cerita yang menarik. Sangat menarik. Ada pengajaran dan mesej.

4) Membazir

Masalah orang kita. Beli banyak-banyak, buang sampah pun banyak. Tanah untuk perlupusan semakin banyak. Semakin tercemar. Saya cadangkan kita buat undang-undang supaya masyarakat bayar setiap sampah mereka. Semakin banyak, semakin berat, semakin mahal kena bayar. Dengan cara itu, mungkin masyarakat kita dapat kurangkan pengeluaran sampah setiap hari. Dah lama-lama, kalau perlu, kita naikkan harga buang sampah ( macam harga barang naik ). Kelebihan:

aspek makanan:
1) Pengguna beli apa yang perlu sahaja. Kira bilangan ahli rumah dan beli cukup-cukup.
2) Bila dah masak, habiskan semua. Kurang sampah.
3) Makanan cukup-cukup, tiada terlebih. Orang tak makan banyak. Obesiti dapat dikurangkan.
4) Bajet isi rumah dapat dikurangkan.
5) Biar pengeluar sedar, bila barang sikit je laku, mesti turun harga barang.
6) Sisa sampah kurang. Bayar pun kurang.

Yang lain, fikir sendiri.

5) Tamat.

Persepsi 1

Hari: Khamis
Tarikh : 15 April 2010


Baru tiba di Batu Pahat. Menunggu bas seterusnya untuk terus pulang ke rumah. Masih awal lagi, baru pukul 6.

Ada satu ketika, gelagat manusia memang banyak mencerminkan situasi dunia. Di Malaysia, kita cukup sinonim dengan slogan "1 Malaysia". Kita ada pelbagai bangsa, adat, budaya dan bahasa. Kebetulan, ketika sedang duduk menunggu, ada seorang tua yang agak berumur tidur di kaki lima. Sehinggalah dia dikejutkan dengan bunyi premis yang baru nak dibuka. Keadaannya kust masai dan tak terurus. Namun, raut wajah menunjukkan dari bangsa yang manakah dia.

Sibuk ke hulu, ke hilir.. bertegur sapa dengan orang yang tak dikenali. Bercakap dengan bahasanya sendiri. Kadang-kala merungut dan marah-marah. Tapi masih juga menegur orang yang lalu-lalang. Tetap ramah cuma kurang bertuah.

Sedang dia mundar-mandir, datang pula seorang lagi. Kali ini saya meneka yang kedua ini bangsa yang berbeza. Bercakap dengan bahasa mereka. Ketawa. Senyum.

Hari: Jumaat
Tarikh : 16 April 2010


Saya berada di sebuah kedai buku. Dengan pintu kaca berwarna dan konsep kedai yang agak moden. Saya menghampiri ke kaunter. Ada seorang pemuda, belia saya kira. Saya bertanyakan sesuatu tentang salah satu perkhidmatannya yang gah dipamer di ruang depan kedainya. Dia nampak keliru. Kemudian, menjerit memanggil ayahnya. Kedua-duanya bercakap dalam bahasa mereka. Nada si anak agak keras. Muka si ayah nampak marah. Kemudian, ayahnya datang ke kaunter berjumpa saya.

Tauke : Sorry, dia talak paham cakap Melayu punya maa...

Dan saya terpana. Perlukah hilang waras baru kita dapat mengerti usia negara merdeka lebih 50 tahun lamanya.?

Newer Posts Older Posts Home