Blogger Template by Blogcrowds

kick ass

Baru selesai menonton filem kick ass. Setelah terperuk dgn timbunan kerja2 yg masih banyak dan belum selesai dan perlu dihantar dalam masa 2-3 hari ni. Owh.. stress!!
Tapi, apa yg nak diceritakan di sini ialah, filem Kick ass ni yang telah "KEHILANGAN" beberapa adegan yg sepatutnya ada untuk menguatkan lagi jalan cerita seterusnya memberi kefahaman yang lebih jelas.

Saya tertarik untuk menyoroti kembali adegan semasa Kick Ass dan Mist Red diserbu oleh orang-orang D'Armo semasa mereka berada di rumah Big Daddy dan Hit Girl. Semasa orang2 jahat tersebut menangkap Mist Red dan Kick Ass, Mist red ada menyuruh mereka agar jgn mengganggu Kick Ass, namun permintaan Mist Red itu serta merta diendahkan oleh orang suruhan ayahnya itu.

Mist Red menjerit meminta maaf kepada Kick Ass tatkala melihat Kick Ass diseret oleh orang jahat tadi dan Mist Red pula tidak mampu berbuat apa-apa. Ini menggambarkan keadaan di mana Mist Red mempunyai hubungan baik dengan Kick Ass dan keadaan Mist Red yang sangat kecewa dan tidak mahu dianggap sebagai penganiaya oleh Kick Ass.

Sayangnya, sepanjang penceritaan.. tidak ditunjukkan pula apakah adegan yg berlaku selepas itu, yang merupakan rentetan kepada adegan yg baru saya ceritakan ini. Contohnya, semasa Kick Ass menyerang D'armo di pejabatnya, dan Mist Red disuruh ayahnya untuk berlawan dengan Kick Ass, mereka berdua tidak berkata apa-apa, sebaliknya hanya tertumpu pada perlawanan. sedangkan, kedua-duanya mengenali antara satu sama lain.

Bukankah lebih dramatik seandainya, Kick Ass mempersoal tindakan Mist Red sebelum ini, kerana Kick Ass sudah menganggapnya sebagai rakan. Pertelingkahan itu akan jadi menarik seandainya berlaku tatkala Mist Red sedang berlawan dengan Kick Ass.

Keadaan yg sama juga berlaku tatkala Hit Girl kematian ayahnya dan keadaan yg sama berlaku kepada Mist Red. Kewujudan emosi yg ditampilkan agak kurang menghayat hati atau dalam erti kata lain, kurang emosi. Mungkin perlu diperinci adegan tersebut dengan menunjukkan keazaman membalas dendam, disertai dengan kesan bunyi dan cahaya yang dramatik.

Apa pun, saya kategorikan filem ini sebagai sesuatu yang "nice".

p/s : analisis filem ini hanya berdasarkan pendapat semata-mata. karya yang berunsur seni sangat subjektif. =)

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home