Baru selesai menonton filem kick ass. Setelah terperuk dgn timbunan kerja2 yg masih banyak dan belum selesai dan perlu dihantar dalam masa 2-3 hari ni. Owh.. stress!!
Tapi, apa yg nak diceritakan di sini ialah, filem Kick ass ni yang telah "KEHILANGAN" beberapa adegan yg sepatutnya ada untuk menguatkan lagi jalan cerita seterusnya memberi kefahaman yang lebih jelas.
Saya tertarik untuk menyoroti kembali adegan semasa Kick Ass dan Mist Red diserbu oleh orang-orang D'Armo semasa mereka berada di rumah Big Daddy dan Hit Girl. Semasa orang2 jahat tersebut menangkap Mist Red dan Kick Ass, Mist red ada menyuruh mereka agar jgn mengganggu Kick Ass, namun permintaan Mist Red itu serta merta diendahkan oleh orang suruhan ayahnya itu.
Mist Red menjerit meminta maaf kepada Kick Ass tatkala melihat Kick Ass diseret oleh orang jahat tadi dan Mist Red pula tidak mampu berbuat apa-apa. Ini menggambarkan keadaan di mana Mist Red mempunyai hubungan baik dengan Kick Ass dan keadaan Mist Red yang sangat kecewa dan tidak mahu dianggap sebagai penganiaya oleh Kick Ass.
Sayangnya, sepanjang penceritaan.. tidak ditunjukkan pula apakah adegan yg berlaku selepas itu, yang merupakan rentetan kepada adegan yg baru saya ceritakan ini. Contohnya, semasa Kick Ass menyerang D'armo di pejabatnya, dan Mist Red disuruh ayahnya untuk berlawan dengan Kick Ass, mereka berdua tidak berkata apa-apa, sebaliknya hanya tertumpu pada perlawanan. sedangkan, kedua-duanya mengenali antara satu sama lain.
Bukankah lebih dramatik seandainya, Kick Ass mempersoal tindakan Mist Red sebelum ini, kerana Kick Ass sudah menganggapnya sebagai rakan. Pertelingkahan itu akan jadi menarik seandainya berlaku tatkala Mist Red sedang berlawan dengan Kick Ass.
Keadaan yg sama juga berlaku tatkala Hit Girl kematian ayahnya dan keadaan yg sama berlaku kepada Mist Red. Kewujudan emosi yg ditampilkan agak kurang menghayat hati atau dalam erti kata lain, kurang emosi. Mungkin perlu diperinci adegan tersebut dengan menunjukkan keazaman membalas dendam, disertai dengan kesan bunyi dan cahaya yang dramatik.
Apa pun, saya kategorikan filem ini sebagai sesuatu yang "nice".
p/s : analisis filem ini hanya berdasarkan pendapat semata-mata. karya yang berunsur seni sangat subjektif. =)
Polycyclic Aromatic Hydrocarbon
Ubiquitous substances found in our environment. Known as carcinogenic elements cause harm to loving organisms, especially humans. PAH found mostly at area near human activities, namely as anthropogenic activities. Urban industries, oil pollution and ship spills are among the donater in eleasing the PAH to the environment. As this PAH ( elements that consist of poly-chain benzene ring) will end up in seafood organisms, such as bivalves, mollusks and gastropods.
so, the conclusion is.. avoid consumed too much seafood..!! =)
"apa yang kamu cari, itulah yang kamu jumpa"
Analisis quote yang agak mudah difahami :
1) Dek kerana kita menginginkan sesuatu, maka naluri kita bertindak ke arahnya tanpa kita sedari.. satu teori yang dinamakan sebagai "unconscious mind". Minda bawah sedar yang menggerakkan tubuh dan perlakuan seharian yg menentukan hala tuju menuju apa yg kita mahu.
2) Satu perspektif forensik yang menunjukkan keadaan sesuatu hal yang bermotif. Maknanya, apa2 jua benda yg ditemui spnjang mencari kemahuan tersebut andai tidak berkaitan secara terus, akan dipinggirkan demi memastikan tumpuan terhadap kemahuan tidak terganggu.
3) Bukankah kemahuan manusia itu berubah hampir setiap waktu..? Adakah perkara yg sebenarnya berlaku ialah "apa yang kamu mahu, itulah yang kamu jumpa" ? Adakah segala apa yg kita cari itu, kita jumpa? Logik.
4) Analisis setakat ini dulu. hehe..
p/s : semakin suka bermain dengan teori !!