Blogger Template by Blogcrowds

"blank"

saya nak menulis. saya ada sesuatu yang hendak dikongsi.
tapi saya belum bersedia. no idea.
hmm??
saya siapkan assignment dulu..
yg dah lama tak siap2 lagi..

If your lover betrayed you, what will your reaction be?
Sad, Eat chocolate
2. If you can have a dream to come true, what would it be?
I dream of being succesful environmental chemist and travel aroud the world, especially the historical place..
3. Whose butt would you like to kick?
G.W.B
4. What would you do with a billion dollars?
Half to spent half to keep
5. Will you fall in love with your best friend?
Maybe... Wife is the best friend..isn't it?? haha..
6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
Being loved
7. How long do you intend to wait for someone you really love?
Forever..maybe?
8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
There's always better person .. Or may I fight for it..who knows..
9. If you like to act with someone, who will it be? your gf/bf or an actress/actor?
Ida Nerina
10. What takes you down the fastest?
Lost of confidence.. I do better if I do have it
11. How would you see yourself in ten years time?
I plan of having title Dc, have excellent career and get married when I'm 30!
12. What’s your fear?
Allah...
13.What kind of person do you think the person who tagged you is?
Good in baking, rich with smile, and seldom angry
14. Would you rather be single and rich or married but poor?
Married but poor
15. What’s the first thing you do when you wake up
Turn off alarm
16. Would you give all in a relationship?
I do
17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
The best one! Or both! hahaha..
18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
It's easy to forgive, but takes time to forget
19.Do you prefer being single or having a relationship?
Now..single is the best!
20.I dont intend much in tagging..tq..

Seusai menonton Papadom, The Proposal dan Tidal Wave. 3 filem yang sarat dengan elemen kasih sayang, kemanusiaan dan kekeluargaan. Walaupun dari 3 bangsa yang berbeza, namun mesejnya sama untuk semua manusia. Saya kagum dengan penceritaan dan mesej yang hendak disampaikan, dan ini kupasan pendapat saya.

Papadom ( Melayu )

Karya Afdlin Shauki , sejujurnya saya sendiri tidak selalu menonton filem atau drama Melayu. Mungkin kerana konsep ceritanya yang hampir sama semuanya. Yelah, cerita cinta remaja, konflik rumah tangga, krisis golongan korporat yang gila kuasa, boleh dibaca bagaimana jalan ceritanya. Tapi, garapan cerita Papadom ( in my opinion ) ada mesejnya. Papadom, bukan sahaja mengangkat elemen ‘biasa’ masyarakat kota dengan imej Malaysia, seperti “Nasi Kandar dengan papadom”, “gerai tepi jalan dengan berbangku plastik”, dan “kehadiran YB dalam sesuatu acara”, tapi turut sarat dengan elemen cinta. Pertama, cinta darah daging ( anak dan bapa, suami dan isteri ). Kedua, cinta tanpa mengenal usia dan darjat ( tukang kebun dengan pensyarah bertaraf Profesor? ) . Dan ketiga, cinta seorang teman kepada teman yang lain ( walau berlainan bangsa dan agama ).

The Proposal ( Inggeris )

Lakonan Sandra Bullock ( Margaret Tate ) dan Ryan Reynolds sebagai ( Andrew Paxton ). Di awal cerita, didominasi elemen kemasyarakatan. Pertama, masyarakat kota yang sibuk dengan kerjaya, gosip dan kuasa. Kedua, masyarakat desa yang penuh dengan rasa rendah diri dan ramah mesra. Kemudian, elemen kekeluargaan mewarnai latar cerita kedua. Elemen ini ditonjolkan dengan penuh kasih sayang, konflik anak dan bapa (melalui watak Andrew ), dan keadaan ini berbeza melalui watak Margaret yang telah lama hidup sendiri sejak berumur 16 tahun ( kematian ibu bapa dan tiada saudara mara ). Dan elemen ini bijak bermain dengan nilai dan emosi di saat hari ‘perkahwinan’ mereka. Akhirnya, elemen cinta ditonjolkan sebagai pelengkap cerita. Paling mengujakan, pembawaan mesej “marry me” disampaikan dengan baik dan romantik.

Tidal Wave ( Korea )

Pada awalnya, pengarah meletakkan asas sejarah dan nilai kemasyarakatan untuk diangkat sebagai permulaan. Pertengkaran, “main-main cinta” remaja, hormat-menghormati dan variasi masyarakat yang berbeza latar belakang hidup, dan rona ‘miskin lemah’ dibelenggu hidup oleh yang ‘kaya berkuasa’ diceritakan melalui pengenalan watak-watak dalam cerita ( banyak watak yang ditimbulkan dengan latar cerita yang tersendiri ). Keadaan ini kemudiannya dijelaskan dengan sikap manusia yang "pentingkan diri sendiri dalam keadaan kasih sayang."

Latar cerita bertukar sebaik sahaja kronologi sampai kepada musibah yang melanda ( Tsunami ). Setiap watak di awal cerita tadi ditonjolkan kembali melalui adegan mencemaskan semasa masing-masing cuba menyelamatkan diri. Di sinilah kekuatan cerita ini timbul, melalui penceritaan yang penuh dengan emosi, nilai kemanusiaan,cinta dan komedi digarap seolah-olah ingin menjelaskan terlalu banyak perkara akan berlaku tanpa kita duga.

Cerita ini juga menonjolkan watak picisan seperti penjual jalanan dan pembaiki paip yang hanya muncul sebabak di awal cerita menjadi “penyelamat” di akhir cerita. Sinematografi dan sudut penceritaannya juga sarat dengan mesej yang sangat mendalam. Yang menariknya, rentetan cerita ini dikupas di hujung cerita dengan penghayatan dan kesedaran; betapa pentingnya ikatan kekeluargaan, semarak cinta, pembuktian keberanian dan betapa besarnya harga sebuah kebenaran. Malah, ia seolah-olah ingin bercerita dan menyedarkan kita sendiri, betapa tulus dan ikhlasnya pertolongan, sucinya sebuah pengorbanan dan semangat kemanusiaan yang tidak pernah pudar, walau saat nyawa bercerai badan.


Kesimpulan:
Ketiga-tiga cerita ini menonjolkan terlebih dahulu elemen komedi dan kemudiannya membawa penonton bermain dengan kesedaran dan emosi ke akhir cerita. Walaupun gaya cerita agak sama dengan filem yang lain, tetapi kekuatan dan keistimewaannya terletak pada penceritaan dan perkembangan cerita yang cukup baik. Saya yakin untuk mengatakan, mesejnya sampai kepada penonton. "Setiap babak dan setiap wataknya disampaikan dengan penuh simbolik seperti menggambarkan inilah realiti kita sebagai manusia".



there's intrigue and drama..
behind every words,
under any circumstances..
and Royal Debate just a step for all..


ku gumbira






aku nak mulakan entri kali ini dengan gelak ketawa.

tapi nanti orang kata tak sopan pula.

takpe, aku senyum sorang-sorang pun jadi la.



hari ni,aku gembira.

sepertimana tajuk entri di atas, aku memang gembira.

nak tahu kenapa?

baik, aku cerita.

begini....



( episod satu )



ada beberapa orang anak muda, ilmu pun tak la banyak mana..

baru nak jejak kaki dalam alam nyata.

biasalah, dalam cerita mesti ada hero dan heroinnya..

tapi dalam cerita ni, ada seorang hero, ada empat heroin yg teman dia. ( agak hebat hero ni, pandai berpoligami.,)



jadi, nak dijadikan cerita, mulalah mereka kembara,

ada yang menangis tak tahan pancaroba,

ada plak yang emo tetiba,

tapi, bak indahnya ketinggian peribahasa,

"alah bisa tegal biasa"



mereka tetap mengharung denai,

kaki tercalar dengan duri pun tak mengapa,

apalah kiranya pengorbanan sebegitu rupa,

mereka sedar, mereka hanya insan biasa dari mandala yang kecil tak ternama,



tapi, bekal semangat waja,

mereka menyahut cabaran raja,

"walaupun takut, kena lawan juga" kata mereka,



yang ditentang, pendekar dan pahlawan diraja,

veteran semuanya,

pengalaman membatasi usia,

bertempur, berjuang di daerah mereka juga,



bagi hero dan heroin kita,

mereka tiada apa,

hanya keberanian, dan cekal hati untuk menentang pahlawan diraja,

"jangan cari nahas, kalah juga" tempelak pendekar diraja



tapi, mak nenek pernah berpesan,

jangan nak main-main dengan lawan kita,

jangan pandang rendah dengan lawan kita,



tapi,pendekar ni degil,

mentang-mentang dia lebih tua,

pesan nenek terus dilupa,

terimalah musibahnya,



kerana kecil disangka anak,

pendekar veteran tumpas di tangan anak muda,

nasiblah,

dalam pertarungan, andai suka memandang ringan,

yang dihajat tak kesampaian,

yang diingin tinggallah angan-angan,



pendekar veteran tadi tak dapat terima kekalahan,

bila rasa ego tersungkur atas tanah,

bila taksubnya dengan kesombongan sehingga menidakkan ketinggian moral,

mulalah melatah tak berkesudahan,

nah. merengeklah mereka terkial-kial,



hero dan heroin muda berangkat pulang ke mandala,

pulang dengan tingginya syukur dan pengalaman tak terbayar nilainya,

tak kisah ego siapa, muda atau tua,

yang penting,

kerana mereka, merekalah yang berjaya,

bukan sebab pendekar gila kuasa.



-------------------------------------------------------------------------------------------------



~cucu..pesan nenek, sebelum tidur, basuh kaki, moga terelak mimpi ngeri..

kalau mampu , hilangkanlah semua hasad dengki!


Aku tak pasti pemikiran aku kali ini bersandarkan kepada apa. Cuma sekilas mengenai episod pengalaman lalu.

pertama:
Aku tetap pasti, andai segalanya datang dari dalam hati yg ikhlas, kepercayaan itu sungguh tinggi nilainya.

kedua:
Hidup ini perlu dihayati dan dinikmati sebenarnya. Tak salah untk menangis, ketawa, marah dan sebagainya. Kita manusia dan semua itulah sebenarnya rencah dalam hidup kita. Cuma, apabila kita terbawa dengan emosi, di luar sedar kita hanyut dalam dunia kita sendiri.

ketiga:
Keupayaan kita untuk membuktikan sesuatu terletak pada sejauh mana kesanggupan kita untuk mengambil risiko dan berusaha ke arahnya.

keempat:
Andai hari ini kita berjaya membuktikan satu perkara, berjuanglah untuk terus membuktikan perkara yg lain. Masa itu ada, cuma ia belum tiba.

kelima:
Karisma. Intelektual. Passion. Charmed. Fokus. Confidence. Aura.
7 sasaran sebelum bergraduasi.


~dan aku belum puas bergelar penuntut dan pendebat....

Newer Posts Older Posts Home