Blogger Template by Blogcrowds

hati

Awan mendung berarak kelabu. Bukan sekali berlaku. Tapi benar-benar mengundang murung dan rajuk. Entah siapa yang tahu. Kadang-kadang kita tak sedar, dalam taman bunga mawar yang cantik, yang kita jaga, kita siram baik-baik, tapi tak sangka durinya mampu menusuk daging.

Dan sementelah dalam taman yang amat disayangi itu, ada bunga yang tidak sengaja diketepikan. Maklumlah, bunga yang ada di taman itu kebanyakannya daripada spesis yang hampir sama, beza warna cuma. Kongsi baja, kongsi debunga. Tapi, selaku ahli dalam taman, sepatutnya jangan sesekali pinggirkan bunga yang lain. Fikir perasaan bunga yang lain. Tak semua bunga mampu bercakap perkara yang serupa, memandangkan berlainan baja dan latar belakang yang berbeza.

Masalah ini kadang-kala bunga yang lain tak ambil peduli. Pekebun tak terkecuali. Mungkin kerana tamannya hampir dipenuhi bunga daripada spesis yang hampir sama, kebanyakannya diletak cantik atas para. Bunga yang lain, apa cerita?. Tukang kebun jangan ambil sikap begitu. Bunga yang lain mampu analisis drama. Ada suatu masa, ada bunga-bunga yang terdiri daripada spesis minor ini kurang dapat baja. Kalau dapat pun, baki daripada spesis yang kononnya utama. Adilnya. Selaku ahli dalam taman, bertindaklah sebagai teman. Mutualisme mungkin perkataan untuknya. Bantu bunga yang seakan hilang segarnya. Bunga yang di atas para, rajin-rajinlah jenguk bunga di bawah. Bunga atas para kalau fikir hebat dan berkuasa, kalau boleh fikirlah juga andai roda berubah. Tak mustahil bunga di bawah berada di atas para. Pada masa itu nanti, pekebun-pekebun.. jangan terkejut kalau bunga yang dulunya pasif jadi bunga digemari semua. Tengok sahajalah nanti bunga yang anda duk puja sejak dulunya.

Kepada bunga-bunga yang sering dianggap biasa, janganlah pula ikut telunjuk saja. Kalau dipaksa tumbuh mengikut acuan pekebun, tolaklah jika tak suka. Pada masa yang sama, ambil jalan lain yang mampu membuatkan bunga di bawah para ini kembang segar, harum mekar dan subur menghiasi taman. Bersama-sama. Biar jalan yang dipilih kritikal, tapi mencapai sasaran yang diimpikan. Jangan hanya duduk menanti cahaya mentari, baru terasa ingin bangun. Mesti sentiasa tumbuh walaupun tidak dijeling pekebun. Mesti tumbuh supaya hidup dalam taman, supaya bunga lain terasa kehadiran.

Bila dah tumbuh mewangi, harus diingat untuk tunduk. Biar berat kelopaknya, jangan berat egonya. Untuk spesis bunga yang meletakkan sendiri arasnya, ingat para itu bila-bila boleh roboh.


p/s : suka tengok padi menguning.

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home