Blogger Template by Blogcrowds


isu politik ibarat sebuah drama hari ini. tak habis-habis dengan plot cerita serta 'kejutan' istimewa. setiap hari mesti keluar cerita sebarang dua. yang baru ada, yang lama pun ada. sebenarnya perlu ada perubahan dalam mentaliti masyarakat kita. oh ye, apa jadi pada rakyat yang miskin papa kedana, warga tua yang semakin hilang upaya (tiada waris), mualaf yang patut ada yang jaga. diharapkan, walau pucuk berubah, akar tetap sama. doa dari seorang mahasiswa, semoga berjaya, semoga negara sejahtera. amin.

( ^_^ )



teringat rakan lama yang 3-4 tahun tidak berjumpa. apa cerita agaknya. terus teringat kenangan waktu sekolah , rakan-rakan yang lain pun lama tak berjumpa. sekadar sms dan sebagainya. mengimbau kembali zaman anak remaja,( sekarang pun masih remaja gak!) hehe.. kelakar ada, suka duka pun ada. terasa rindu. oh! tiba-tiba rasa nak balik zaman dulu. hihi..





p/s: terus ke laman friendster, album gambar, ~lalala..

oh!



"mungkin aku bukan watak utama dalam pentas lakonan manusia"

hati

Awan mendung berarak kelabu. Bukan sekali berlaku. Tapi benar-benar mengundang murung dan rajuk. Entah siapa yang tahu. Kadang-kadang kita tak sedar, dalam taman bunga mawar yang cantik, yang kita jaga, kita siram baik-baik, tapi tak sangka durinya mampu menusuk daging.

Dan sementelah dalam taman yang amat disayangi itu, ada bunga yang tidak sengaja diketepikan. Maklumlah, bunga yang ada di taman itu kebanyakannya daripada spesis yang hampir sama, beza warna cuma. Kongsi baja, kongsi debunga. Tapi, selaku ahli dalam taman, sepatutnya jangan sesekali pinggirkan bunga yang lain. Fikir perasaan bunga yang lain. Tak semua bunga mampu bercakap perkara yang serupa, memandangkan berlainan baja dan latar belakang yang berbeza.

Masalah ini kadang-kala bunga yang lain tak ambil peduli. Pekebun tak terkecuali. Mungkin kerana tamannya hampir dipenuhi bunga daripada spesis yang hampir sama, kebanyakannya diletak cantik atas para. Bunga yang lain, apa cerita?. Tukang kebun jangan ambil sikap begitu. Bunga yang lain mampu analisis drama. Ada suatu masa, ada bunga-bunga yang terdiri daripada spesis minor ini kurang dapat baja. Kalau dapat pun, baki daripada spesis yang kononnya utama. Adilnya. Selaku ahli dalam taman, bertindaklah sebagai teman. Mutualisme mungkin perkataan untuknya. Bantu bunga yang seakan hilang segarnya. Bunga yang di atas para, rajin-rajinlah jenguk bunga di bawah. Bunga atas para kalau fikir hebat dan berkuasa, kalau boleh fikirlah juga andai roda berubah. Tak mustahil bunga di bawah berada di atas para. Pada masa itu nanti, pekebun-pekebun.. jangan terkejut kalau bunga yang dulunya pasif jadi bunga digemari semua. Tengok sahajalah nanti bunga yang anda duk puja sejak dulunya.

Kepada bunga-bunga yang sering dianggap biasa, janganlah pula ikut telunjuk saja. Kalau dipaksa tumbuh mengikut acuan pekebun, tolaklah jika tak suka. Pada masa yang sama, ambil jalan lain yang mampu membuatkan bunga di bawah para ini kembang segar, harum mekar dan subur menghiasi taman. Bersama-sama. Biar jalan yang dipilih kritikal, tapi mencapai sasaran yang diimpikan. Jangan hanya duduk menanti cahaya mentari, baru terasa ingin bangun. Mesti sentiasa tumbuh walaupun tidak dijeling pekebun. Mesti tumbuh supaya hidup dalam taman, supaya bunga lain terasa kehadiran.

Bila dah tumbuh mewangi, harus diingat untuk tunduk. Biar berat kelopaknya, jangan berat egonya. Untuk spesis bunga yang meletakkan sendiri arasnya, ingat para itu bila-bila boleh roboh.


p/s : suka tengok padi menguning.

jahiliyah

Mereka yang berada di sekelilingku adakalanya membawa aku ke dunia yang berbeza.

Berlatar tempat di kedai makan dan ketika itu waktu ketiadaan air (krisis air di Kuala Terengganu). Terdengar berita mengenai kes buang bayi di laporan Berita Utama TV3. Tersentuh juga melihat fenomena luar biasa yang sudah terbiasa. Mana tidaknya, pada hakikat.. tidak mungkin seorang ibu tidak sayangkan anaknya. Haiwan pun sayangkan anak, inikan pula Homo sapiens (manusia). Sifat buang bayi ini, suatu sifat yang ganjil, sifat yang bercanggah dengan nilai moral manusia. Kesimpulan awal, kes buang bayi-kes luar biasa.




Ironinya, kes buang bayi ini sudah acapkali didengar atau dibaca di akhbar serta bentuk media massa yang lainnya. Kita sudah dilaporkan dengan segala macam tragedi berkaitan kes buang bayi ini. Dipatuk gagaklah, ditemui dalam tong sampah, menjadi hurungan kambing-kambing, bayi dalam tin, bayi dibakar dalam semak sehinggalah kes janin yang sempurna sifatnya dibungkus dengan plastik biru dan dilanggar kenderaan sehingga terputus anggota badannya. Sehinggakan kita sendiri tidak tertahan untuk mendengar berita tersebut hampir setiap hari, namun ibarat kemelut politik, cerita tersebut terpaksa didengari hatta disumbat telinga dengan kapas. Seringkali diulang, tragedi menghayat hati dimana watak utamanya adalah anak bangsa sendiri yang kononnya merdeka. Jadi, rumusannya begini,
Kes Buang Bayi, Kes Luar Biasa – Fenomena Biasa.


Berbangkit agenda yang sama, rakanku ‘K’ meluahkan kata hatinya,

K: MasyaAllah, kita ni dah nak masuk zaman jahiliah ni

Dan disokong rakan yang seorang lagi, ‘A’.

A : urm, sekarang pun dah rasa macam zaman jahiliah.

aku tergamam.




p/s : terkedu mengenang nasib bangsa. Yang terpelajar pula lebih hebat daripada beruk dan kera.

There’s a story told about an elderly lady in somewhere state. The state voted to increase welfare payments to indigents. Hoping for a tear-jerker story, a television interviewer went into the back hills where many welfare recipients lived.

The old woman he chose to interview lived in a one-room shack: draughty in winter; stifling in summer. , Her bed was a few rough planks nailed together, with a pine needle mattress. A couple of thin blankets, and a fireplace, did little to protect her from the cold.

Her furniture, a table and two chairs, were fashioned from the same rough wood as her bed. Some shelves held a few cans of food from the general store, a 3 mile walk down the road. Several jars of preserves and a few squash completed her larder.

She had no refrigerator or freezer. The fireplace provided heat for cooking. With no phone or television, her only connection with the outside world was an old radio that pulled in two or three local stations on a good day.

The old woman had one convenience: running water. A crystal clear stream gurgled a short distance behind her home. A small garden near her back door provided fresh vegetables during the summer, and some squash and turnips for the winter. A tidy flower garden brightened the front of her house.

The television crew arrived and set up their big expensive cameras. Their mobile station broadcast pictures of the woman and the place she called home.

Eventually, the interviewer asked the old woman, “if the government gave you $200 more each month, what would you do with it?”

Without hesitation, the woman replied, “I’d give it to the poor"

Newer Posts Older Posts Home