Niat untuk menulis artikel berkenaan tragedi pencerobohan Israel memang sudah lama ada, Cuma perlu mengumpul sedikit bahan agar artikel ini tidak begitu membosankan. Sementelah setelah Israel dibenarkan oleh PBB pada tahun 1946 untuk menduduki sebahagian bumi Palestin, maka mereka semakin rakus menyentap apa yang dulunya milik warga Palestin. Berjuang untuk memerangi Hamas kononnya sedangkan seluruh dunia mengerti, apa yang sebenarnya berlaku.
Itupun, PBB masih biarkan mereka bermaharajarela..menyiat setiap cebis maruah dan hak, merentap nilai kemanusiaan dan meludah segala bantahan banyak pihak. Dan, mereka berasa yakin dengan apa yang mereka lakukan pada ketika dan saat ini kerana adanya sokongan kuasa besar yang sebelum ini pernah dengan lantang menyuarakan tentang keamanan dunia dan akan berlaku adil. Mana silapnya? Propaganda politik itu kotor, sangat kotor.. yang berkuasa terus memamah segala apa yang ada pada masyarakatnya dan rakyat pula semakin merana dengan agenda mereka. Malah, Presiden Sidang Tergempar Perhimpunan Agung (UNGA), Miguel d’Escoto Brockmann (Nicaragua) pernah menyifatkan Bumi Palestin kini ibarat neraka dunia. Masakan tidak, setiap hari Gaza dibedil dengan segala macam rupa senjata, peluru berpandu, meriam berfosforus putih dan sebagainya sehinggakan si JAHANAM ZIONIS ini tanpa adanya rasa simpati dalam diri mereka membedil hospital. Setiap hari ada kanak-kanak yang menjadi yatim piatu, ibu-bapa kehilangan anak, dan ramai yang tinggal sebatang kara. Apa tindakan dunia? Mana perginya dasar yang terkandung dalam Perlembagaan PBB yang antaranya ingin menjadikan dunia aman? Dan sedang Pawaka sedang rancak di buminya, Palestin.. nasibnya entah ke mana..
Jadi, mungkin ramai yang berasa simpati dengan apa yang berlaku pada saudara kita di bumi ini, tapi simpati sahaja tidak mencukupi. Untuk membuatkan diri kita layak dipanggil manusia, bencilah Israel atas kekejamannya, bantulah Palestin dengan apa yang terdaya. Doa, wang, harta dan sebagainya.. agar Palestin terpelihara semula. Kalau boleh, boikot barang-barang Israel-Amerika.. tak kisahlah satu, dua atau semua.. tapi selagi mana kita berusaha untuk menyekat ekonominya.. kita juga membantu saudara kita. Pesanan untuk diri, pesanan untuk semua. Ayuh bantu sesama manusia agar nasib Palestin menjadi indah seperti dulunya. Sekian..
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)