Blogger Template by Blogcrowds

event

haPPy chinese new year!!

for those who know me and to those who I cares..
may this year will bring you such a good luck and happiness..

harap

ingin sekali mendekati karya manis daripada arwah arena wati..

1)Bunga Dari Kuburan
(dalam siri ini bangsa-bangsa dari Asia bangkit membalas dendam terhadap Amerika dan gempa bumi besar memusnah sebahagian besar negara super power itu)

2)Kuntum Tulip Biru
(Eropah memuncakkan kebencian terhadap bangsa Yahudi dan mangsanya Marina, seorang pengkaji dari Amerika Syarikat dan daik tinggi di Belanda runtuh lalu air laut melimpah ke seluruh negara tersebut)

3)Sakura Mengorak Kelopak
(dua keluarga besar berperang dan membakar sebahagian besar Tokyo sementara diserapkan perjuangan wanita Jepun untuk membebaskan diri dari dunia yang dominan oleh kuasa patriarki).

*terima kasih Faisal Tehrani..

(kadang-kadang bila bunga melayu,baru wanginya terasa rindu..)

Melihatnya dari kaca tivi cuba merasa dan
mencari yang waras,yang terlihat hanya
dirimu yang ragu dan lesu patah dalam
barisan terlalu panjang. Nafas-nafas
bertingkah kacau,bisik dan tangis mencari
bumbung khemah, dan padamu tinggal carik
bendera.Berbaur antara senyum yang remaja
dan dahi yang uzur,tanah airmu sedang
bercerita tentang keaiban manusia yang
seperti sengaja tidak dimungkinkan dewasa
oleh ketakutan dan kesombongan,oleh maruah
yang terlalu ghairah dan gusar di takhta.


Melihatnya dari kaca tivi tersaring
Kekerdilan yang cemburu dan angkuh
Dalam kelompok lebih luas,dan matang dikata,
kita seperti kembali belajar untuk
menjadi lebih bodoh kerana segala ilmu
terhimpun dalam pustaka,dan tertinggal diri,
mengasuh hanya untuk memusnah
dan untuk meniadakan yang ada sehingga
tertinggal hanya bukit dan sungai dengan
bekas-bekas rumah hangus sebagai
album pembunuhan yang amat kejam dalam
sejarah, di atas puncak peradaban kita



LANGIT KOSOVO ITU MASIH SAMA- A.SAMAD SAID


“DAN DUNIA MASIH LAGI TERLEKA,KOSOVO, BOSNIA DAN KINI GAZA..
MANA LETAKNYA NILAI PERIBADI MANUSIA?”
- penulis







Niat untuk menulis artikel berkenaan tragedi pencerobohan Israel memang sudah lama ada, Cuma perlu mengumpul sedikit bahan agar artikel ini tidak begitu membosankan. Sementelah setelah Israel dibenarkan oleh PBB pada tahun 1946 untuk menduduki sebahagian bumi Palestin, maka mereka semakin rakus menyentap apa yang dulunya milik warga Palestin. Berjuang untuk memerangi Hamas kononnya sedangkan seluruh dunia mengerti, apa yang sebenarnya berlaku.
Itupun, PBB masih biarkan mereka bermaharajarela..menyiat setiap cebis maruah dan hak, merentap nilai kemanusiaan dan meludah segala bantahan banyak pihak. Dan, mereka berasa yakin dengan apa yang mereka lakukan pada ketika dan saat ini kerana adanya sokongan kuasa besar yang sebelum ini pernah dengan lantang menyuarakan tentang keamanan dunia dan akan berlaku adil. Mana silapnya? Propaganda politik itu kotor, sangat kotor.. yang berkuasa terus memamah segala apa yang ada pada masyarakatnya dan rakyat pula semakin merana dengan agenda mereka. Malah, Presiden Sidang Tergempar Perhimpunan Agung (UNGA), Miguel d’Escoto Brockmann (Nicaragua) pernah menyifatkan Bumi Palestin kini ibarat neraka dunia. Masakan tidak, setiap hari Gaza dibedil dengan segala macam rupa senjata, peluru berpandu, meriam berfosforus putih dan sebagainya sehinggakan si JAHANAM ZIONIS ini tanpa adanya rasa simpati dalam diri mereka membedil hospital. Setiap hari ada kanak-kanak yang menjadi yatim piatu, ibu-bapa kehilangan anak, dan ramai yang tinggal sebatang kara. Apa tindakan dunia? Mana perginya dasar yang terkandung dalam Perlembagaan PBB yang antaranya ingin menjadikan dunia aman? Dan sedang Pawaka sedang rancak di buminya, Palestin.. nasibnya entah ke mana..

Jadi, mungkin ramai yang berasa simpati dengan apa yang berlaku pada saudara kita di bumi ini, tapi simpati sahaja tidak mencukupi. Untuk membuatkan diri kita layak dipanggil manusia, bencilah Israel atas kekejamannya, bantulah Palestin dengan apa yang terdaya. Doa, wang, harta dan sebagainya.. agar Palestin terpelihara semula. Kalau boleh, boikot barang-barang Israel-Amerika.. tak kisahlah satu, dua atau semua.. tapi selagi mana kita berusaha untuk menyekat ekonominya.. kita juga membantu saudara kita. Pesanan untuk diri, pesanan untuk semua. Ayuh bantu sesama manusia agar nasib Palestin menjadi indah seperti dulunya. Sekian..


First and foremost..
thanks rizz.. ( "abg" yg suka menari..hehe..) beliau lah yg telah men"tagged" aku, gara2 aku yg x gigih updatekan blog ku ini..huhu..
owh.. 10 facts 'bout myself?.. hmm..

1) rabun jauh
2)suke kaler hitam,blue, red n putih
3)kadg2 suka dgr lagu country..
4)paling benci kat israEL..! huh, g mati la..
5)aku org Melayu,Islam,Jawa, Johor, tett..
6)subjel faveret sem 2 ni? kenegaraan.. hahaha.. idup UMJ!! rasanya 3 kos je yg tau citernya.....hihii,,
7)teringin nak bukak bisnes bile dh besar nt.. n berangan nak pegi tmpat bersejarah kat dunia ni,, mcm stonehedge,peru,paris,huhu..
8)suka wat aktiviti yg dkat ngan alam sekitar..hiking, camping, bla~bla..
9)my 2nd idol is tun dr mahathir mohamad..
10)kdg2 idup ni penuh ngan dugaan, so bykkan bc quran la..moga tenang idup..


1. Copy badge “2008 Cute’s 3logger Award” di atas untuk diletakkan di blog anda.2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnye (anda di-tag). 4. Anda perlu memilih 5 penerima award seterusnye dan menyatakan nama mereka di blog anda. 5. Jangan lupe melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah ditag.

Newer Posts Older Posts Home