Blogger Template by Blogcrowds

Intrigue

Amaran : Entri kali ini agak beremosi.


Pertandingan Perniagaan Malaysia Antara IPT (PPMIPT) meninggalkan terlalu banyak pengalaman, cabaran dan kenangan yang tak mungkin akan dilupakan. Ianya suatu proses pembelajaran. Suatu pengorbanan. Suatu proses untuk mengenali kehidupan.

Pengalaman yang dikutip bukan sekadar pengalaman bergelar usahawan, tapi ia seumpama hijab yang terbuka kepada rona kehidupan sebenar di ibu kota. sedikit gusar dan menakutkan. Tapi inilah pengalaman.

Saya suka memerhati keadaan sekeliling.. sepanjang pertandingan berlangsung, lupakan tentang keadaan yang berpeluh, lupakan tentang keadan kaki yang terasa sangat sakit..(sampaikan jalan terhencot-hencot). Apa yang bermakna apabila sisi kehidupan warga kota dalam sebuah bandaraya moden dapat diselongkar dengan mata sendiri.

Pengalaman ini sangat berbeza. Sangat payah.

Dan setiap hari, selain rindukan keluarga di kampung, saya rindukan famili di sini.

Itulah cabaran paling besar yang perlu ditanggung.

Saya tidak boleh katakan saya memlih jalan yang salah..waima hati tidak setuju.

Royal 2010

Dan, untuk Royal kali ini.. dengarnya ada perkara baik berlaku. harapnya sentiasa begitu.

Ibarat layang-layang putus tali.

Harap ketemu kembali .

Yang mencipta jalan dan sejarah, bukan orang lain.

Tapi diri sendiri.

Semoga berjaya.

Sekian, hMk.

Pertandingan Perniagaan Malaysia Antara IPT yang pertama kali dianjurkan di Malaysia. Pasukan UMT hanya menghantar 5 pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 5 0rang. Pertandingan ini memerlukan setip kumpulan menjual produk yg telah ditetapkan dan kumpulan yang mendapat keuntungan paling tinggi dikira pemenang. Okay, saya sertakan antara produk yang telah diberikan oleh pihak penganjur.


Product Price (RM)

Kopi Arab GX (RM 15.90)

Biskut Siput Jalur (RM 6.90)

Rempeyek Best Food (RM 6.90)

Genius Coco (RM 24.90)

Keropok Bawang (RM 6.90)

Kuih Bangkit (RM 5.90)

Kuih Ros (RM 4.90)

Popia Chips (RM 4.50)

Kacang Bipang (RM 6.90)

Kuih Kapit (RM 6.90)

Kerepek Ubi Masin (RM 6.90)

Fruit Cake (RM 9.00)

Switenia Shower Gel (RM 19.90)

Serunding (Ayam, Daging) (RM 4.90)

Selules Losyen Assauda Plus (RM 29.90)

Ilaj Soya (RM1.50)

Switenia Body Scrub (RM 44.90)

Contact Number :017-4644636 (Aby Aisyah), 013-2799389 (Hamka)

Harga boeh runding...! hehe...
Promosi hanya sehingga sabtu ini. 18.12.2009

Biarpun dah masuk usia 3 tahun bermaustatin di Bumi Pesisir Pantai ini, masih lagi ada beberapa perkara yang agak sukar untuk diterima.

1) Saya tidak pernah menafikan hakikat bahawasanya lain padang, lain belalang, lain tempat, lain adatnya.. saya sedia menerima budaya yang sedia ada di Bumi Pesisir Pantai ini.

2) Namun, meneliti kembali tahap perkhidmatan awam yang ditawarkan di sebuah kawasan bergelar Bandaraya di Pantai Timur ini, sesekali rasa terkilan itu menyelinap lubuk minda saya.

3) Perkhidmatan awam khususnya untuk keperluan masyarakat, seharusnya diberi penekanan. Dari perkhidmatan gerai makan, sewa-kereta dan sebagainya, saya kira taraf perkhidmatan yang diberikan terlalu nilai rendahnya.

4) Ada sesetengah perkara, apabila melibatkan kepentingan dan hak pelajar, seolah-olah perkara-perkara ini semua dipandang sebelah mata oleh pihak-pihak tertentu sedangkan ironinya, golongan pelajar inilah yang menjadi penyumbang major kepada pertumbuhan ekonomi penduduk setempat dan sekitar kawasan universiti itu sendiri.

5) Pelbagai pembaharuan perlu dilakukan agar Bumi Terengganu ini tidak menjadi 'bahan' oleh mereka yang datang dari negeri yang lain dek kerana perkhidmatan yang diberikan masih bertaraf rendah, bercanggah dengan martabat Bandaraya itu sendiri.

6) Adat ketimuran yang kita pegang selama ini, menitikberatkan nilai hormat, mesra, bertolak ansur tanpa ada sikap berat sebelah.

Pertimbangan saya ini cuma sekadar persepsi berdasarkan pengalaman saya selama berada di sini.

kick ass

Baru selesai menonton filem kick ass. Setelah terperuk dgn timbunan kerja2 yg masih banyak dan belum selesai dan perlu dihantar dalam masa 2-3 hari ni. Owh.. stress!!
Tapi, apa yg nak diceritakan di sini ialah, filem Kick ass ni yang telah "KEHILANGAN" beberapa adegan yg sepatutnya ada untuk menguatkan lagi jalan cerita seterusnya memberi kefahaman yang lebih jelas.

Saya tertarik untuk menyoroti kembali adegan semasa Kick Ass dan Mist Red diserbu oleh orang-orang D'Armo semasa mereka berada di rumah Big Daddy dan Hit Girl. Semasa orang2 jahat tersebut menangkap Mist Red dan Kick Ass, Mist red ada menyuruh mereka agar jgn mengganggu Kick Ass, namun permintaan Mist Red itu serta merta diendahkan oleh orang suruhan ayahnya itu.

Mist Red menjerit meminta maaf kepada Kick Ass tatkala melihat Kick Ass diseret oleh orang jahat tadi dan Mist Red pula tidak mampu berbuat apa-apa. Ini menggambarkan keadaan di mana Mist Red mempunyai hubungan baik dengan Kick Ass dan keadaan Mist Red yang sangat kecewa dan tidak mahu dianggap sebagai penganiaya oleh Kick Ass.

Sayangnya, sepanjang penceritaan.. tidak ditunjukkan pula apakah adegan yg berlaku selepas itu, yang merupakan rentetan kepada adegan yg baru saya ceritakan ini. Contohnya, semasa Kick Ass menyerang D'armo di pejabatnya, dan Mist Red disuruh ayahnya untuk berlawan dengan Kick Ass, mereka berdua tidak berkata apa-apa, sebaliknya hanya tertumpu pada perlawanan. sedangkan, kedua-duanya mengenali antara satu sama lain.

Bukankah lebih dramatik seandainya, Kick Ass mempersoal tindakan Mist Red sebelum ini, kerana Kick Ass sudah menganggapnya sebagai rakan. Pertelingkahan itu akan jadi menarik seandainya berlaku tatkala Mist Red sedang berlawan dengan Kick Ass.

Keadaan yg sama juga berlaku tatkala Hit Girl kematian ayahnya dan keadaan yg sama berlaku kepada Mist Red. Kewujudan emosi yg ditampilkan agak kurang menghayat hati atau dalam erti kata lain, kurang emosi. Mungkin perlu diperinci adegan tersebut dengan menunjukkan keazaman membalas dendam, disertai dengan kesan bunyi dan cahaya yang dramatik.

Apa pun, saya kategorikan filem ini sebagai sesuatu yang "nice".

p/s : analisis filem ini hanya berdasarkan pendapat semata-mata. karya yang berunsur seni sangat subjektif. =)

PAH

Polycyclic Aromatic Hydrocarbon

Ubiquitous substances found in our environment. Known as carcinogenic elements cause harm to loving organisms, especially humans. PAH found mostly at area near human activities, namely as anthropogenic activities. Urban industries, oil pollution and ship spills are among the donater in eleasing the PAH to the environment. As this PAH ( elements that consist of poly-chain benzene ring) will end up in seafood organisms, such as bivalves, mollusks and gastropods.

so, the conclusion is.. avoid consumed too much seafood..!! =)

quote

"apa yang kamu cari, itulah yang kamu jumpa"

Analisis quote yang agak mudah difahami :

1) Dek kerana kita menginginkan sesuatu, maka naluri kita bertindak ke arahnya tanpa kita sedari.. satu teori yang dinamakan sebagai "unconscious mind". Minda bawah sedar yang menggerakkan tubuh dan perlakuan seharian yg menentukan hala tuju menuju apa yg kita mahu.

2) Satu perspektif forensik yang menunjukkan keadaan sesuatu hal yang bermotif. Maknanya, apa2 jua benda yg ditemui spnjang mencari kemahuan tersebut andai tidak berkaitan secara terus, akan dipinggirkan demi memastikan tumpuan terhadap kemahuan tidak terganggu.

3) Bukankah kemahuan manusia itu berubah hampir setiap waktu..? Adakah perkara yg sebenarnya berlaku ialah "apa yang kamu mahu, itulah yang kamu jumpa" ? Adakah segala apa yg kita cari itu, kita jumpa? Logik.

4) Analisis setakat ini dulu. hehe..

p/s : semakin suka bermain dengan teori !!


Hey, salam hari indah untuk semua pengunjung blog ni.. hahaha..!!
Sorry guys, maybe I am the most lazy blogger on earth! Haha..
Actually dah banyak kali try nak upload, but laptop ni asek ada prob je.. tu yang malas tuu.. tetiba je rasa nak hempas laptop ni sebab banyak sangat dah masalah dia..huhu..

Okay.. rasa marah-marah tu letak tepi dulu.. yang penting sekarang ni, I have some stories o share with you guys,, my life at Kuala Lumpur for this recent two months ( Apr- June ) 2010. Yeay..! Lots of things had happened and it’s so hilarious! Woot! Woot!

First thing when I arrived here..little bit blur doh!! Yeah, don’t know what to do because this place is not so familiar .. tapi nasib baik ada Gujel and Nuar ( my bestfriends since secondary school dulu ) datang tolong.. nasib baik these guys masih di KL lagi. So, diorang datang jemput kat Bukit Jalil.. bukan dengan kereta..but dengan LRT! Hahaha.. but still that makes me relieve that they still want to give me a favour. Thanks guys.. really appreciate that!! What the most funny things is, diorang ingat I will come here with all the baldi, bantal and toto what so ever..!! LOL!! Can U imagine berasak-asak dalam LRT dengan those things? Hahahaaha…

Then, sampai kat asrama Setapak Jaya.. urmm.. buruk gak la asrama UTM KL ni (gila kejam statement ) .. tp tulis kat situ International College.. hmmmmm…??? But, never mind,,dah terdesak kan, nak buat camne. So, duduk jugaklah kat sini.. seriously, first two weeks freaky giler.. dahla I’m alone je kat whole tingkat 5 tu.. siyes seram! Hahaha.. nasib baiklah minggu ketiga baru ada budak intern lain yg masuk bilik kat aras tu.. tapi x dapat kenal lama, komitmen kerja masing-masing beza-beza ( cakap mcm dh ada kerjaya kan?? Hahaha..berangan la.. ) But at least ada gak la org yg boleh ditegur.. selama ni ada laptop ni je teman..huhu..

By weekend je, I will keluar jalan-jalan, tak kisahla jumpa kawan ke.. pergi beli barang keperluan ke.. mesti keluar gak, sebab kat hostel ni kedai tak buka..terpaksalah berjalan kaki pergi kedai yang terasa gak la jauhnya tuu..fuh!!! At most time, beli makanan jela. Buat kunyah-kunyah kat bilik.. oh ye, dengan bantal kecik, buat ada-ada je dulu, sebab hostel ni pun tak provide bantal! Ciss lagi.. bayar mahal-mahal, apa pun takde?? Huh! I love UMT .. ( weee…~ )

Seronoknya duduk Kl ni, bila dapat keluar p tempat-tempat shopping yg banyakkkk.. and ada pengangkutan ( walaupun prestasi public transport kat Malaysia ni masih belum boleh dibanggakan lagi ) tapi, best jugakla.. yang penting..ada duit! Memang makan kos yang tinggi gak la duk KL ni.. huhu…
Sempat gak la have a trip to Genting Highland, Pergi shopping malls ( ni Khalil yang bawak yea.. kredit ntk dia yang baik hatiii !! ) and dapat try macam-macam tempat makan kat KL ni… Weeee~hillariouss!!!



I really appreciate those human kind yg banyak membantu sepanjang ada kat sini. First thing, to the EHRC..

>Dr.Nurul, Kak Siti, Kak Maz, Kak Ju, Kak Zu and so on…
>Kak Aini, Abg Mizie, Kak Timah, Kak Sue, Kak Shila, Kak Aisha, Abg Ringan, Abg Wan…
>Sarah, Parama Kumar, Kai Leng, Rekha, Zu and sorang lagi ( lupa nama..sorii )
>Suzy , Uncle GCMS and Group jual produk( my senior ) .. hahaha.. perlu ke?

I really want to say thank you for everything… thank you for all…
1) For greeting me nicely when I first time went to the lab
2) For the smiles that makes me comfort
3) For the map that I always used when have to go anywhere.. ( peta LRT, Train sume tu.. hehe )
4) For the stories that used to share..
5) For all the wisdom advises
6) For sharing experience and knowledge..
7) For introduce me to all EHRC members..
8) For teman pergi pasar Chow Kit..
9) For the bag and mug..
10) For sharing about ‘AlgaTech’ and those warning “ kena check betul2 ..bla3..”.. ( I will remember that)
11) For bring me to join the “Tuberculosis Talk”
12) For lead me to find bus to LCCT..
13) For all the unexpected impressions and compliments ( saya bukan MPP ye.. kenyataan sekali lagi hehe..)
14) For betulkan surat rasmi untuk Dr. Amir..
15) For the dedicated song, singing by ( Abg Ringan, Abg Mizi and Kak Aini ) untuk semua lagu yg mendayu-dayu itu..hehe..
16) For the “Siti Nurhaliza and You’ve Got Mail”.. best!
17) For the great photoshoot..
18) For teaching me the PAH project..and pinjamkan Buku Hijau PAH tuu..
19) For tolong cincangkan sampel..
20) For lead me to labeling the samples..
21) For lead me to find Pejabat Pos HKL..
22) For kerelaan untuk buat lab sama-sama sampai pukul 7..huhu.. sorry for the troublesome..
23) For “method development” sendirik… hahaha….!
24) For kes “pecah barang” .. huhu…~ ( ada org nak report ke? )
25) For bring me to “Bilik Ketenangan”..^^
26) For the stories about the “Queen” of ISO.. (n n)
27) For bwk jalan pergi The Mall.. wuuuu..~
28) For bagi opinion untuk beli bantal kat Parkson..~bantal oren Anna Taylor (hehe..)
29) For sending me back home..
30) For treating me those pizza and Kenny..
31) For telling me the way to go KLIA..
32) For belanja Nasi Lemak Dadah Chow Kit.. ( betol ke nama dia? Hehe.. )
33) For celebrating my birthday party.. ( since secondary school, this is my first time I celebrate it with friends and cake , and I don’t know how to express myself that time) biasanya cuti sekolah, and dapat mesej je from friends.. (n n)v.. =)
34) For bring me to have lunch at IKEA.. and thanks for the meatballs !!
35) For teaching me GC and GCMS.. cikgu yg excited..hehe..
36) For teaching me the Photoshop..
37) For sudi ambil gambar.. ^^
38) For pinjamkan samping yang sangat cantik..
39) For ideas and comment to write my resume..
40) For sharing all the laughs and jokes..
41) For “lazer stuff” and melahar sambil tengok konsert Siti..haha..
42) For all the luck wishes…
43) And the important is, for accepting me.. for the joy and warm.. for makes me feel as part of you guys.. thank you for everything..







apart from it, I'm so greatful to have friends with me.. walaupun dah setahun lebih, 2 tahun lebih tak jumpa ( dari secondary school ) yg banyak tolong selama ni.. angkatkan beg, temankan cari tempat, jalan-jalan, dan lain2.. Thanks guys.





Hello….
Salam hari indah untuk semua pengunjung blog ni.. ( haha.. bajet ramai peminat ) may your day will blessed with love and beautiful moments..
Sekarang ni dah masuk minggu ketujuh I'm doing my practical here, at IMR, Kuala Lumpur. Haha.. lots of things happened during this time. Banyak yang nak dikongsi.. tapi better I tell the latest story first. Hehe..
Trip To Highlands!! Weee….

Haha..mesti ada orang akan cakap.. “Eh, dia ni..gi Genting je .. bukan nyer pi Jepun ke, Australia ke..”.. Tapi, what ever did u says.. I tetap happy dapat pergi Genting Highlands ni even dah 21 tahun tinggal kat Malaysia. Well, if we not support our own tourism industry, who will? Haha..
Jadi, nak dijadikan cerita, kitorang ( My friends yang buat practical kat Mardi Serdang and I ) pun plan nak pergi Genting Highland.. mula-mula tak jadi pergi sebab tiket dah habis.. takpe, kitorang beli tiket untuk minggu depannya lak.. so, for whole week bekerja, I’m getting so excited nak pergi Genting Highland tu, dan akhirnya jadi juga pergi sebab dapat tiket. Yeay!! =)

Memandangkan bas bertolak pukul 8.30 pagi dari KL Sentral, maka I pun bertolak dari bilik pukul 7 pagi , ( bangun pukul 6, even sampai bilik malam tadi pukul 3 lepas jalan-jalan dengan Khalil ..huhu ) yelah naik pengangkutan awam.. (kena tunggu bas, monorail dan sebagainya ) . Then , reach at KL Sentral pukul 8 pagi. Oh, I’m the earliest person..! Yeay lagi ! haha.. After few minutes barulah yang lain sampai… Borak-borak jap.. then kitorang pun nak pergi tempat tunggu bas tu.. Erk? Masing-masing confused nak tunggu mana.. LOL !
Ok, masalah bas dah selesai..tiba-tiba, ada 2 orang lagi tak sampai KL Sentral.. Nadia ngan adiknya. Fuh, berapi gak la seorang dua dalam bas ni..risaukan si Nadia ni terlepas bas .. Urm.. Uncle Driver tu dah sound dah, katanya tak boleh hold lagi..kena gerak sekarang gak..
Oh dear, Rusydi plak takde dalam bas ! Call Rusydi jap, suruh dia tunggu Nadia ngan adiknya sekali gerak ngan bas kul 10 nanti. Fine. Settle dah masalah kedua.Adeii, macam-macam… =)Belum sampai lagi sana ni..
Bila je sampai sana, I dah tak ingat dunia dah.. wahaha… naik kereta kabel… hah, menjeritlah baca doa itu ini.. ( my friend la..) haha.. urm.. gayat gak la… hahaha.. tapi best! Yeay !

Then, kitorang sampai Outdoor Park.. masing-masing tak tahu nak main apa dulu. Fine, semua pergi naik roller coaster..! Takut gak ! Mahu jerit time naik tu.. but, time kitorang naik, dah tak ramai orang.. so kitorang naik lagi kali kedua.. ingat macam dah boleh adapt la kononnya.. hahaha.. Jerit gak..! Wahahaha… kecut perut semua… Yeay, best !! =)
Lepas tu, kitorang ingat nak main satu game ni..beratur gila panjang, dah lebih sejam beratur, masih panjang gak..! ciss.. geram ..kitorang tinggal je game tu then pergi main benda lain.. Haha..
Yang penting, kitorang dapat ambil banyak gambar.. pantang je nampak cantik, snap* terus! Haha..hey, we don’t care..! ~lalalala.. *sangatlah childish kan?
After main itu ini, makan kat KFC, drama sekejap ( hehe..biasalah kan ) , shopping coklat ( I bought yang bittersweet, sebab suka coklat pahit ) then, kitorang decide nak turun.. dengan kabus, hujan dan cuaca.. kitorang yang duduk dalam gondola tu x nampak sangat view kat luar, lagipun time dah nak maghrib tu..
So, at 8.30 p.m. lepas solat semua, kitorang pun bertolak balik ke KL Sentral. I balik Taman Melati, berkunjung ke rumah kawan yang lamaaaaaaa tak jumpa. Best gak la.. haha.. Then esoknya, sampai bilik pukul 3 petang..
Phew, penat gila..! But, enjoy..! Yeay..!!! =)

P/s : maybe nak pergi lagi…dengan teman rapat.. hehe..~

Internship


Tetiba je hari ni baru terasa nak update blog ni… haha.bukan setakat bersawang dah ni.. mambang pun ada.. ( bak kata coursemate aku la..). Hmm.. nak cite pasal apa yea?

At this right moment, I actually dalam lab.. suppose kena buat report untuk presentation next week.. but rasa MACAM malas.. so, better do things yang boleh swept away perasaan sleepy nih.. hahaha.. Blogging la jawap nyer..hahaha
Actually, dah nak dekat 2 months duk KL ni.. area setapak.. and within this times, there’s lots of things happened… Oh dear.. so much experiences and I’m glad dapat peluang macam ni… ( walaupun banyak duit mengalir..huk huk )
Okay.. first story dulu.. tentang Latihan Industri.. =)




Bertempat di Institute For Medical Research, sebelah je dengan Hospital Kuala Lumpur. Actually tempat ni agak kurang popular .. ermm, walaupun usianya dah cecah 100 tahun. No wonder la, first time datang, I thought “ ini muzium ke? “ haha…~
Tapi, bagi those yang tahu tempat ni, boleh dikatakan tempat ni ada reputasi yang tersendiri.. terutama untuk kakitangan hospital dan klinik-klinik perubatan. Yelah, sebab research kat sini pun berkaitan dengan perubatan dan masyarakat. Banyak gak la hasil research tu, dibentangkan kepada masyarakat, so people will know the effect of certain things and habits. Best kan?



Then, kat sini I attach kat Environmental Health Research Centre. Kat lab Toxicology 1. Ada juruteknologi makmal, namanya Puan Siti Fatimah Daud ~ Big Boss 1 ( which tengah bercuti sebab baru je bersalin hari Selasa, pukul 2 pagi ), ada RA , namanya Kak Aini ~ Big Boss 2( tengah bercuti juga.. sebab “ehem-ehem” dia turun KL. ) and ada Abang Mizi ( yang selalu lepak kat Bilik ISO a.k.a “Bilik Ketenangan” gelarannya.)and me..~ Big Boss Baru..LOL!


And I’m doing research on Seafood Consumption. ( focusing on bivalves and gastropods). Hehe.. those yang tak berapa kenal dengan nama saintifik ni, dalam bahasa mudahnya bivalves ni kita panggil spesis kerang, lala dan kupang. Gastropode tu pula siput sedut atau siput belitong. I have to run the analysis to determine is these species ada kandungan PAH yang boleh bawa risk menyebabkan kanser if we consumed. Hihi.. at first, I thought this experiment will be so eaaasyyy….but it’s other way around… LOL !!

So, mulalah proses sampling and pengekstrakan yang macam-macam bunyi .. Bunyi..??…. Yang saya akan ceritakan dalam next post.. hehe..~~

Owh.. salam sejahtera kpd semua. I would like to give credit to my frens , yg mengingatkan saya tentang kewujudan blog ni.. abes penuh bersawang ye.. hehehe..~ maklumlah..Facebook kini jadi trend semasa..

Saya sekarang berada di Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur. Menginap di asrama UTM KL, buat masa ini.. hehe..

Pertama kali datang ke sini..dan pelbagai ragam manusia saya jumpa. Menarik!. Saya ada beberapa gambar untuk dikongsi, tapi,, itu untuk entri yg lain la.. preview je dulu..=)

Saya tertarik dengan Model Ekonomi Baru ( MEB ) Malaysia, yg dibawa DS Najib kita. Thanks to my dear junior, Jannah sebab bg idea ni.

Model Ekonomi Baru ( MEb ) mengikut fahaman saya, merupakan suatu langkah atau dasar yang menumpukan kpd aspek kreativiti dan kepelbagaian dalam usaha ke arah mewujudkan negara yg mapan.

Mengapa kreativiti @ kepelbagaian itu penting? Pertama, sebab MEB merupakan langkah yg bermatlamatkan serupa dgn DEB, ya.. sama objektifnya tetapi berbeza dari aspek pelaksanaan untuk mencapai objektif tersebut.

Menurut DS Najib sendiri, MEB bukan sekadar menuntut pemulihan ekonomi negara, sebaliknya bertunjangkan 3 prinsip, iaitu
1) berpendapatan tinggi
2) kemapanan
3) keterangkuman

Saya suka untuk menyatakan kegembiraan saya apabila melihat DS Najib begitu prihatin dengan nasib rakyat Malaysia yg masih ada yg dibelenggu kemiskinan. Saya mengamati, di mana ada pasar malam, di situlah mesti ada peminta sedekah..dan kebanyakannya perempuan. Di pasar basah Chow Kitt juga berlaku benda yg sama. Ya. di tegah2 bandar metropolitan ini..masih ada lagi peminta sedekah yg meminta simpati.

Mungkin pihak tertentu boleh meneliti siapa dan apa agaknya sebab mereka lakukan perbuatan sebegini. Pelbagai persoalan boleh timbul, pertama, adakah mereka lakukan ini semua sbg jalan terakhir krn tidak berupaya mencari rezeki sendiri?
Kedua, adakah wujud organisasi yg kejam yg memaksa golongan ini bertindak sedemikian rupa? Saya bertanyakan hal ini melihat kepada segelintir peminta sedekah ini seperti warga Indonesia ( fizikal, pakaian ) dan kebanyakannya golongan wanita, dan rata2 membawa anak kecil di pangkuan mereka. Ketiga : adakah golongan ini wujud disebabkan mereka tidak tahu mendapatkan bantuan yg sewajarnya dari pihak berkuasa? Keempat : atau adakah mereka ini yg sebenarnya malas untuk berusaha mencari rezeki sendiri memandangkan kebanyakan pekerjaan yg mudah ( JAGA, Stesen Minyak , Dll ) sudah diisi dgn arga asing?

Sindrom masyarakat yg meminta sedekah ini seakan mencacatkan kewibawaan kita sendiri..setelah lebih 50 tahun merdeka, masih ada lagi yg dijajah dgn fenomena globalisasi. Apa peranan ZAKAT sebenarnya? Menunggu ada yg dtg memohon kemudian menguruskan dgn karenah birokrasi, atau sebenarnya perlu untuk ZAKAT meninjau keadaan sekeliling, rona masyarakat sebenar, tanpa perlu duduk menunggu di pejabat , menunggu aduan drpd masyarakat. Ya, isu ZAKAT jarang diterbitkan, tetapi masalah selalu berlaku di depan mata. Pernah terfikir?

Saya berpendapat, pembangkang di Malaysia semakin kelakar. Pertama; dari dulu sampai sekarang, asyik bangkitkan isu yg sama. Tiap kali pilihan raya, bila kalah, mula berbunyi.. begitu..begini.. bila menang, senyap pula. Wah, senang lah macam tu.. bila kalah je, kata org sana tak betul, org sini x betul.

Kedua, macam mana org nak percaya, dah hangpa semua duk pulun wat benda tak berfaedah. Gaduh sesama sendiri satu hal, isu makan diri pun satu hal. Mula2 kata "1 Malaysia " macam " 1 Israel" . Lepas tu, org persoal " Israel 4 all" siap hampir sama dgn logonya sekali..melenting! Ketiga, saya tak nampak lagi sumbangan pembangkang dalam isu negara. Mungkin saya tak membaca. Kalau ada sesiapa yg tahu, tolong beritahu saya.

Saya suka dengan kenytaan Naib Canselor UiTM sendiri, yg sedar bagaimana masyarakat Melayu sendiri tertinggal dalam arus dunia. Kita perlu lakukan sesuatu. Ya, saya menyokong, tetapi janagan sampai kaum lain tidak terbela,

Kualiti dunia hiburan tanah air semakin suram. Kalau jadi artis, mesti ada yg dikaitkan dgn masalh sosial. Sebab tu ada yg jadi anti-hiburan, disebabkan artis tu sendiri. Walaupun ramai yang baik2... ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga.

p/s : Ini hanya pendapat saya, jika salah..tolong jelaskan.. terima kasih..=)

Persepsi 2

1)Meminta

Malaysia salah sebuah negara membangun yang pesat dengan pembangunan dan kemajuan. Masyarakatnya berdaya saing.

Peminta sedekah masih wujud dalam negara kita. Pusat zakat, kebajikan masyarakat dan sewaktu dengannya melambak. Slogan gempak. Saya keliru.

2)Kluang

Bersiar-siar "window shopping" di daerah kelahiran. Ibaratnya seperti belut pulang ke lumpur. Terkejut dengan perubahan yang ada. Hampir semua keperluan dan keinginan dapat dicapai dengan mudah. Terserempak dengan Armani. Tunggulah, bila dah kerja dan dapat gaji .. aku masuk meminang. Harapnya cukup.I love Kluang.

3)Mitos

Seusai menonton "Clash Of The Titans". Sangat teruja!. Dari cerita epik sejarah, diangkat menjadi suatu legenda. Menarik.

Pertama : Lagenda Greek membuktikan untuk mencapai kejayaan, hapuskan sahaja penghalang di hadapan mata. Hatta Tuhan mereka sanggup membunuh Ibu Bapa mereka sendiri.

Kedua : Dalam sesetengah cerita, watak Perseus digambarkan sebagai anak kelahiran daripada Poseidon yang bercinta manusia biasa. Rela. Namun, dalam edisi "COT" ini, Perseus merupakan anak kelahiran daripada Zeus yang menodai manusia biasa. Terpedaya. Kelahirannya dibenci tapi akhirnya dihormati atas nama Tuhan mereka.

Ketiga : Manusia diajar untuk berdoa kepada Tuhan. Walau atas nama agama apa sekalipun. Masing-masing punya kepercayaan. Percaya atau yakin.

Keempat : Kostum, kesan visual dan jalan cerita yang menarik. Sangat menarik. Ada pengajaran dan mesej.

4) Membazir

Masalah orang kita. Beli banyak-banyak, buang sampah pun banyak. Tanah untuk perlupusan semakin banyak. Semakin tercemar. Saya cadangkan kita buat undang-undang supaya masyarakat bayar setiap sampah mereka. Semakin banyak, semakin berat, semakin mahal kena bayar. Dengan cara itu, mungkin masyarakat kita dapat kurangkan pengeluaran sampah setiap hari. Dah lama-lama, kalau perlu, kita naikkan harga buang sampah ( macam harga barang naik ). Kelebihan:

aspek makanan:
1) Pengguna beli apa yang perlu sahaja. Kira bilangan ahli rumah dan beli cukup-cukup.
2) Bila dah masak, habiskan semua. Kurang sampah.
3) Makanan cukup-cukup, tiada terlebih. Orang tak makan banyak. Obesiti dapat dikurangkan.
4) Bajet isi rumah dapat dikurangkan.
5) Biar pengeluar sedar, bila barang sikit je laku, mesti turun harga barang.
6) Sisa sampah kurang. Bayar pun kurang.

Yang lain, fikir sendiri.

5) Tamat.

Persepsi 1

Hari: Khamis
Tarikh : 15 April 2010


Baru tiba di Batu Pahat. Menunggu bas seterusnya untuk terus pulang ke rumah. Masih awal lagi, baru pukul 6.

Ada satu ketika, gelagat manusia memang banyak mencerminkan situasi dunia. Di Malaysia, kita cukup sinonim dengan slogan "1 Malaysia". Kita ada pelbagai bangsa, adat, budaya dan bahasa. Kebetulan, ketika sedang duduk menunggu, ada seorang tua yang agak berumur tidur di kaki lima. Sehinggalah dia dikejutkan dengan bunyi premis yang baru nak dibuka. Keadaannya kust masai dan tak terurus. Namun, raut wajah menunjukkan dari bangsa yang manakah dia.

Sibuk ke hulu, ke hilir.. bertegur sapa dengan orang yang tak dikenali. Bercakap dengan bahasanya sendiri. Kadang-kala merungut dan marah-marah. Tapi masih juga menegur orang yang lalu-lalang. Tetap ramah cuma kurang bertuah.

Sedang dia mundar-mandir, datang pula seorang lagi. Kali ini saya meneka yang kedua ini bangsa yang berbeza. Bercakap dengan bahasa mereka. Ketawa. Senyum.

Hari: Jumaat
Tarikh : 16 April 2010


Saya berada di sebuah kedai buku. Dengan pintu kaca berwarna dan konsep kedai yang agak moden. Saya menghampiri ke kaunter. Ada seorang pemuda, belia saya kira. Saya bertanyakan sesuatu tentang salah satu perkhidmatannya yang gah dipamer di ruang depan kedainya. Dia nampak keliru. Kemudian, menjerit memanggil ayahnya. Kedua-duanya bercakap dalam bahasa mereka. Nada si anak agak keras. Muka si ayah nampak marah. Kemudian, ayahnya datang ke kaunter berjumpa saya.

Tauke : Sorry, dia talak paham cakap Melayu punya maa...

Dan saya terpana. Perlukah hilang waras baru kita dapat mengerti usia negara merdeka lebih 50 tahun lamanya.?

Piawai

Saya tertarik dengan usul Debat Integriti, " Erti Integriti Perlukan Piawaian".

Bagi saya, 'Integriti' merupakan suatu bentuk pengukuran atau penilaian. Sama juga dalam prosopek 'Piawaian'.

Sedar atau tidak, kadan-kadang kita hanya bergantung kepada bentuk pengukuran atau piawaian yang tidak berlandaskan kepada apa perkara yang sepatutnya berada dalam entiti piawaian tersebut.

Susah nak faham. Saya berikan contoh.

'mahasiswa kita lesu'. Satu bentuk persepsi 'cliche' yang memfokuskan bagaimana mahasiswa hanya cemerlang dalam akademik semata-mata dan kurang terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum yang mampu mengasah atau membina Kemahiran Insaniah.

Namun, adakah semua mahasiswa yang terlibat secara aktif dalam sesuatu aktiviti atau ko-kurikulum merupakan 'mahasiswa yang aktif'?

Dalam erti kata lain, adakah mahasiswa yang menyertai sesuatu aktiviti itu BOLEH dikatakan sebagai mahasiswa yang tahu untuk bekerjasama, memimpin, bertolak-ansur dan berkreatif?

Satu situasi. Seorang mahasiswa terlibat dalam suatu aktiviti secara langsung. Memegang jawatan yang agak tinggi. Namun, dalam mengatur tindakan, mahasiswa ini hanya duduk menunggu arahan dari ketuanya. Sebutir-sebutir. Setiap patah kata. Perlu diperincikan apa tugasannya. Dan 'dia' ini hanya bertindak apabila disuruh. Apabila berlaku masalah, hanya mampu berikan idea tanpa memikirkan apa relevannya dengan keadaan sekeliling. Pada masa yang sama, sangat sukar untuk membantu ahli jawatankuasa yang lain. Akhirnya, 'mahasiswa' ini boleh berbangga dengan sijil yang diperolehinya.

Situasi ini bukan menggambarkan keadaan 'mahasiswa' yang tidak boleh buat kerja, tetapi keadaannya adalah 'mahasiswa' ini tidak bersikap produktif, inisiatif dan kreatif dalam melaksanakan tugasnya.

Mungkin fakta kes "ramai mahasiswa terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum" banyak digunakan pembangkang dalam usul 'mahasiswa kita lesu'.

Ya, angka adalah fakta.

Namun, apakah nilainya dan adakah piawaian berkenaan mahasiswa terlibat dalam sesuatu aktiviti boleh dikira 'tidak lesu'.

Seandainya hanya mampu bertindak apabila diketuk, ini juga 'lesu'. Tapi, apa ukuran atau piawaian untuk menilai situasi sebegini?

"Erti Integriti Perlukan Piawaian".



p/s: fikir-fikirkanlah.... =p! hehe..

semester 4

Rasanya semester 4 ni merupakan semester yang paling penat. banyak event, banyak kerja, banyak tanggungjawab dan semestinya banyak masalah.

Sometimes..it's felt so hard. I'm crying inside.

Dan benar-benar risau berkenaan prestasi akademik. Mengharapkan agar terus meningkat. Bimbang pula ianya sekadar harapan.

Tapi, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Aku terima.

And I learn.

This is just the beginning.

Newer Posts Older Posts Home