Blogger Template by Blogcrowds

Piawai

Saya tertarik dengan usul Debat Integriti, " Erti Integriti Perlukan Piawaian".

Bagi saya, 'Integriti' merupakan suatu bentuk pengukuran atau penilaian. Sama juga dalam prosopek 'Piawaian'.

Sedar atau tidak, kadan-kadang kita hanya bergantung kepada bentuk pengukuran atau piawaian yang tidak berlandaskan kepada apa perkara yang sepatutnya berada dalam entiti piawaian tersebut.

Susah nak faham. Saya berikan contoh.

'mahasiswa kita lesu'. Satu bentuk persepsi 'cliche' yang memfokuskan bagaimana mahasiswa hanya cemerlang dalam akademik semata-mata dan kurang terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum yang mampu mengasah atau membina Kemahiran Insaniah.

Namun, adakah semua mahasiswa yang terlibat secara aktif dalam sesuatu aktiviti atau ko-kurikulum merupakan 'mahasiswa yang aktif'?

Dalam erti kata lain, adakah mahasiswa yang menyertai sesuatu aktiviti itu BOLEH dikatakan sebagai mahasiswa yang tahu untuk bekerjasama, memimpin, bertolak-ansur dan berkreatif?

Satu situasi. Seorang mahasiswa terlibat dalam suatu aktiviti secara langsung. Memegang jawatan yang agak tinggi. Namun, dalam mengatur tindakan, mahasiswa ini hanya duduk menunggu arahan dari ketuanya. Sebutir-sebutir. Setiap patah kata. Perlu diperincikan apa tugasannya. Dan 'dia' ini hanya bertindak apabila disuruh. Apabila berlaku masalah, hanya mampu berikan idea tanpa memikirkan apa relevannya dengan keadaan sekeliling. Pada masa yang sama, sangat sukar untuk membantu ahli jawatankuasa yang lain. Akhirnya, 'mahasiswa' ini boleh berbangga dengan sijil yang diperolehinya.

Situasi ini bukan menggambarkan keadaan 'mahasiswa' yang tidak boleh buat kerja, tetapi keadaannya adalah 'mahasiswa' ini tidak bersikap produktif, inisiatif dan kreatif dalam melaksanakan tugasnya.

Mungkin fakta kes "ramai mahasiswa terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum" banyak digunakan pembangkang dalam usul 'mahasiswa kita lesu'.

Ya, angka adalah fakta.

Namun, apakah nilainya dan adakah piawaian berkenaan mahasiswa terlibat dalam sesuatu aktiviti boleh dikira 'tidak lesu'.

Seandainya hanya mampu bertindak apabila diketuk, ini juga 'lesu'. Tapi, apa ukuran atau piawaian untuk menilai situasi sebegini?

"Erti Integriti Perlukan Piawaian".



p/s: fikir-fikirkanlah.... =p! hehe..

semester 4

Rasanya semester 4 ni merupakan semester yang paling penat. banyak event, banyak kerja, banyak tanggungjawab dan semestinya banyak masalah.

Sometimes..it's felt so hard. I'm crying inside.

Dan benar-benar risau berkenaan prestasi akademik. Mengharapkan agar terus meningkat. Bimbang pula ianya sekadar harapan.

Tapi, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Aku terima.

And I learn.

This is just the beginning.

Newer Posts Older Posts Home