Segala yang dihasrat
tapi tak didapat
adalah nikmat
yang paling padat.
A. Samad Said(Benih Semalu)
meniti usia dan zaman.. rasa agak canggung bila cuba mendekati dunia maya ini. sekilas dalam perkataan demi perkataan daripada blogger yang lain, membuat diri ini tenggelam dalam lamunan ..sebentar.
Hmm.. dunia ini memang terlalu baru untuk aku..
bukan untuk meratap daya.. cuma berkisar pada lamunan yang menjengah lubuk minda yang akhirnya membawa kesedaran..aku hanyalah hamba-Nya yang kaya dengan kekurangan. cabaran dan dugaan asam garam dalam kehidupan.
semoga aku mampu menyumbang bakti buat pertiwi,agama hakiki dan kroni di mandala ini
sehingga hujung nyawa,semoga aku mampu untuk terus berusaha..
dengan izin-Nya
Alhamdulillah,pujian dan syukur kehadrat-Nya, masuk juga ke sem baru.. dunia tetap sama. yang berbeza ialah cabaran yang bakal mewarnai hidup seorang mahasiswa
Tapi, sebagai manusia.. cuma boleh berharap dan berdoa agar yang keruh itu berganti, yang jernih kekal mewarnai perjalanan hidup di umT.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
tidak dinafikan.. memang kita perlu warna berbeza,supaya hidup disulami ceria,derita atau sengsara.. dan adakalanya warna itu menenggelami diri kita hingga dibuai dalam suatu suasana kurang selesa..
hai.. nama pun drama.. manusia pula pelakonnya.. masakan itu semua tidak menjadi rencah atau asam garam dalam pentas dunia..
kerana
warna yang berbeza inilah yang menjadikan manusia itu manusia..
salam dan selamat sejahtera semua..
blog ni baru dipublish atas sebab-sebab yg x dapat dielakkan.. so still baru dan mentah..
mohon tunjuk ajar dari kalian..
tq!