Blogger Template by Blogcrowds

Biarpun dah masuk usia 3 tahun bermaustatin di Bumi Pesisir Pantai ini, masih lagi ada beberapa perkara yang agak sukar untuk diterima.

1) Saya tidak pernah menafikan hakikat bahawasanya lain padang, lain belalang, lain tempat, lain adatnya.. saya sedia menerima budaya yang sedia ada di Bumi Pesisir Pantai ini.

2) Namun, meneliti kembali tahap perkhidmatan awam yang ditawarkan di sebuah kawasan bergelar Bandaraya di Pantai Timur ini, sesekali rasa terkilan itu menyelinap lubuk minda saya.

3) Perkhidmatan awam khususnya untuk keperluan masyarakat, seharusnya diberi penekanan. Dari perkhidmatan gerai makan, sewa-kereta dan sebagainya, saya kira taraf perkhidmatan yang diberikan terlalu nilai rendahnya.

4) Ada sesetengah perkara, apabila melibatkan kepentingan dan hak pelajar, seolah-olah perkara-perkara ini semua dipandang sebelah mata oleh pihak-pihak tertentu sedangkan ironinya, golongan pelajar inilah yang menjadi penyumbang major kepada pertumbuhan ekonomi penduduk setempat dan sekitar kawasan universiti itu sendiri.

5) Pelbagai pembaharuan perlu dilakukan agar Bumi Terengganu ini tidak menjadi 'bahan' oleh mereka yang datang dari negeri yang lain dek kerana perkhidmatan yang diberikan masih bertaraf rendah, bercanggah dengan martabat Bandaraya itu sendiri.

6) Adat ketimuran yang kita pegang selama ini, menitikberatkan nilai hormat, mesra, bertolak ansur tanpa ada sikap berat sebelah.

Pertimbangan saya ini cuma sekadar persepsi berdasarkan pengalaman saya selama berada di sini.

Newer Posts Older Posts Home