Blogger Template by Blogcrowds

Owh.. salam sejahtera kpd semua. I would like to give credit to my frens , yg mengingatkan saya tentang kewujudan blog ni.. abes penuh bersawang ye.. hehehe..~ maklumlah..Facebook kini jadi trend semasa..

Saya sekarang berada di Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur. Menginap di asrama UTM KL, buat masa ini.. hehe..

Pertama kali datang ke sini..dan pelbagai ragam manusia saya jumpa. Menarik!. Saya ada beberapa gambar untuk dikongsi, tapi,, itu untuk entri yg lain la.. preview je dulu..=)

Saya tertarik dengan Model Ekonomi Baru ( MEB ) Malaysia, yg dibawa DS Najib kita. Thanks to my dear junior, Jannah sebab bg idea ni.

Model Ekonomi Baru ( MEb ) mengikut fahaman saya, merupakan suatu langkah atau dasar yang menumpukan kpd aspek kreativiti dan kepelbagaian dalam usaha ke arah mewujudkan negara yg mapan.

Mengapa kreativiti @ kepelbagaian itu penting? Pertama, sebab MEB merupakan langkah yg bermatlamatkan serupa dgn DEB, ya.. sama objektifnya tetapi berbeza dari aspek pelaksanaan untuk mencapai objektif tersebut.

Menurut DS Najib sendiri, MEB bukan sekadar menuntut pemulihan ekonomi negara, sebaliknya bertunjangkan 3 prinsip, iaitu
1) berpendapatan tinggi
2) kemapanan
3) keterangkuman

Saya suka untuk menyatakan kegembiraan saya apabila melihat DS Najib begitu prihatin dengan nasib rakyat Malaysia yg masih ada yg dibelenggu kemiskinan. Saya mengamati, di mana ada pasar malam, di situlah mesti ada peminta sedekah..dan kebanyakannya perempuan. Di pasar basah Chow Kitt juga berlaku benda yg sama. Ya. di tegah2 bandar metropolitan ini..masih ada lagi peminta sedekah yg meminta simpati.

Mungkin pihak tertentu boleh meneliti siapa dan apa agaknya sebab mereka lakukan perbuatan sebegini. Pelbagai persoalan boleh timbul, pertama, adakah mereka lakukan ini semua sbg jalan terakhir krn tidak berupaya mencari rezeki sendiri?
Kedua, adakah wujud organisasi yg kejam yg memaksa golongan ini bertindak sedemikian rupa? Saya bertanyakan hal ini melihat kepada segelintir peminta sedekah ini seperti warga Indonesia ( fizikal, pakaian ) dan kebanyakannya golongan wanita, dan rata2 membawa anak kecil di pangkuan mereka. Ketiga : adakah golongan ini wujud disebabkan mereka tidak tahu mendapatkan bantuan yg sewajarnya dari pihak berkuasa? Keempat : atau adakah mereka ini yg sebenarnya malas untuk berusaha mencari rezeki sendiri memandangkan kebanyakan pekerjaan yg mudah ( JAGA, Stesen Minyak , Dll ) sudah diisi dgn arga asing?

Sindrom masyarakat yg meminta sedekah ini seakan mencacatkan kewibawaan kita sendiri..setelah lebih 50 tahun merdeka, masih ada lagi yg dijajah dgn fenomena globalisasi. Apa peranan ZAKAT sebenarnya? Menunggu ada yg dtg memohon kemudian menguruskan dgn karenah birokrasi, atau sebenarnya perlu untuk ZAKAT meninjau keadaan sekeliling, rona masyarakat sebenar, tanpa perlu duduk menunggu di pejabat , menunggu aduan drpd masyarakat. Ya, isu ZAKAT jarang diterbitkan, tetapi masalah selalu berlaku di depan mata. Pernah terfikir?

Saya berpendapat, pembangkang di Malaysia semakin kelakar. Pertama; dari dulu sampai sekarang, asyik bangkitkan isu yg sama. Tiap kali pilihan raya, bila kalah, mula berbunyi.. begitu..begini.. bila menang, senyap pula. Wah, senang lah macam tu.. bila kalah je, kata org sana tak betul, org sini x betul.

Kedua, macam mana org nak percaya, dah hangpa semua duk pulun wat benda tak berfaedah. Gaduh sesama sendiri satu hal, isu makan diri pun satu hal. Mula2 kata "1 Malaysia " macam " 1 Israel" . Lepas tu, org persoal " Israel 4 all" siap hampir sama dgn logonya sekali..melenting! Ketiga, saya tak nampak lagi sumbangan pembangkang dalam isu negara. Mungkin saya tak membaca. Kalau ada sesiapa yg tahu, tolong beritahu saya.

Saya suka dengan kenytaan Naib Canselor UiTM sendiri, yg sedar bagaimana masyarakat Melayu sendiri tertinggal dalam arus dunia. Kita perlu lakukan sesuatu. Ya, saya menyokong, tetapi janagan sampai kaum lain tidak terbela,

Kualiti dunia hiburan tanah air semakin suram. Kalau jadi artis, mesti ada yg dikaitkan dgn masalh sosial. Sebab tu ada yg jadi anti-hiburan, disebabkan artis tu sendiri. Walaupun ramai yang baik2... ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga.

p/s : Ini hanya pendapat saya, jika salah..tolong jelaskan.. terima kasih..=)

Newer Posts Older Posts Home