Blogger Template by Blogcrowds

26 MEI 2009

Genap sudah 20 tahun berkelana atas bumi Tuhan. Terima kasih buat teman-teman, atas ‘wishes’ kalian. Hehehe.. macam x caya je angka 1 dah bertukar ke 2. Harapnya, bila dah cecah 3, segala perancangan dapat terlaksana. Ada banyak agenda dalam otak ni, nak buat ini, nak buat itu, tapi kena buat satu-satu. Sabar. Doa. Usaha. Tawakal. Untuk ‘plan’ jangka pendek ni, ada beberapa perkara kena difikirrr baik-baik. SShhh,,sori tak boleh bagitau dulu. Orang kata, hasrat mesti disimpan dalam hati, baru menjadi.. (^_^)

Tinggal 2 tahun je lagi kat university. Tak lama je lagi. Nanti kena fikir plak, dah ‘graduate’ nanti nak buat apa. Takkan nak tunggu ‘offer’ keje je. Tengah krisis ekonomi global macam ni? Eh.. Bahaya..!

Orang kata kena pandai jual diri. Baru laku. Kalau tak dapat sini, cuba stategi lain untuk tackle kat tempat situ. Kalau tak diterima, pandai-pandailah ‘promote’ kat sinun. Huh. Lagi 2 tahun. Penat fikir dari sekarang ni..huhu..

Untuk mereka yang dah menempuhi alam graduasi, tahniah. Moga sukses dalam dunia baru. Moga lebih banyak benda dapat dipelajari. Moga diberkati.

Untuk ‘wish’ di kala umur di ambang 20-an, harapnya dapat tempuhi segala cabaran, mintak-mintak tak tersekat di tengah jalan. Masanya sudah tiba untuk berubah. Tingkatkan Prestasi, Naikkan Kualiti. Anda, bagaimana?? Fikirlah sendiri..~lalala..

Newer Posts Older Posts Home